Posts

LANGKAH PERMULAAN

Image
Nak mulakan sesuatu, terutama perkara yang kita tidak mahir, mestilah sangat sukar. Tetapi sebenarnya amatlah mudah bila ada blog mcm yang saya buat ni (cewah). Tapi sebelum tu sekadar nak pastikan, betul nak start bisnes baju sendiri? Betul ni? Ok kalau betul, marilah kita mulakan Untuk memulakan bisnes, saya pecahkan dulu langkah-langkah kepada tajuk-tajuk utama untuk memberi gambaran kasar / awal mengenai bisnes baju jenama sendiri ini. Langkah-langkah tersebut adalah : 1. Mencari nama dan konsep 2. Memilih platform 3. Cara promosi 4. Mengambil order 5. Memproses order 6. Penghantaran 7. Khidmat pelanggan Nampak sukar? Eh, tak sesukar mana pun. Bahkan sangat menyeronokkan tau!

BAJU JENAMA SENDIRI? WOWW

Image
Hai guys! Mungkin ramai yang berminat atau berangan-angan memiliki rangkaian t-shirt jenama sendiri seperti yang banyak terdapat di laman sosial di Malaysia sekarang ini. Terutamanya di instagram. Contoh di instagram @lokalah Saban hari akan muncul jenama-jenama baru (atau mungkin kita panggil sebagai brand-brand 'Lokal') yang dihasilkan oleh anak-anak muda tempatan, bahkan umur mereka mungkin jauh lebih muda dari anda. Jadi, kalau mereka boleh, mengapa tidak anda? Dalam blog ini, akan saya kongsikan langkah-langkah ringkas bagaimana memulakan perniagaan t-shirt berjenama sendiri. Yang penting, TANPA MODAL. Kalau ada modal pn dialu-alukan, tapi mesti la kita tak mahu mengambil risiko di awal-awal perniagaan kan? Lebih-lebih lagi yang baru nak memulakan perniagaan. Saya akan kongsikan dalam post-post seterusnya. Subscribe k :D JANGAN LUPA DAPATKAN EBOOK SAYA NANTI. TAK SEMUA AKAN SAYA KONGSIKAN DALAM BLOG INI. YANG LEBIH MENDALAM AKAN DIKONGSIKAN DALAM EBOOK